ADA SEADANYA
Ada akal, Gunalah untuk berfikir Ada hati Cubalah untuk memahami Ada naluri Lahirkanlah rasa simpati Ada perasaaan Berikan perhatian dan penghargaaan Ada jiwa Biarlah berhemah sentiasa TAPI………JANGANLAH, Ada akal……… tiada minda Hanya menipu sesama manusia. Ada hati,……. tiada sensitiviti Bersikap tidak peduli Ada naluri……. hanya berhasad dengki Sanggup menindas bangsa sendiri Ada perasaan…. .penuh dengan dendam Tak mahu belajar memberi kemaafan Ada jiwa…….. sentiasa berprasangka Tak mahu menaruh kepercayaan Hanya tuduhan menjadi hukuman Melebihi hukum alam dan hukuman Tuhan.