Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

ADA SEADANYA

Ada akal, Gunalah untuk berfikir Ada hati Cubalah untuk memahami Ada naluri Lahirkanlah rasa simpati Ada perasaaan Berikan perhatian dan penghargaaan Ada jiwa Biarlah berhemah sentiasa TAPI………JANGANLAH, Ada akal……… tiada minda Hanya menipu sesama manusia. Ada hati,……. tiada sensitiviti Bersikap tidak peduli Ada naluri……. hanya berhasad dengki Sanggup menindas bangsa sendiri Ada perasaan…. .penuh dengan dendam Tak mahu belajar memberi kemaafan Ada jiwa…….. sentiasa berprasangka Tak mahu menaruh kepercayaan Hanya tuduhan menjadi hukuman Melebihi hukum alam dan hukuman Tuhan.

BUKAN HELAH BERMADAH

Bersama mentari pagi Ku berlari mencari jati diri Menegak kelimah bangsa dilandasan masa Membina citra budaya rakyat bermaruah Di bumi bertuah Wahai teman dan taulan Marilah kita mertabatkan ilmu dengan akal fikiran Marilah kita mertabatkan amal dengan ilmu dan iman Marilah kita mertabatkan takwa dengan amalan kebaikan Kerana perjalanan yang mulia adalah ketakwaan. Wahai teman sekelian Kehidupan adalah jauh pelayarannya Janganlah sampai hilang kemudimu dek badai yang menggila Ketabahan dan kecekalan adalah senjata untuk mengharunginya Sekali mengorak langkah di arus perdana Jangan menoleh pada bebayang waktu yang berlalu Tapi pandanglah kehadapan hamparan cabaran Di situlah kehidupanmu, kebenaran bukan palsu, Kenyataan jalan berliku bukan diolah sejarah bangsamu Tapi itulah kehidupan keduniaan Tak tahu bila dan di mana penyudahnya. Perhitungan kita buat hari ini Bukanlah sekadar kedudukan yang dicari Bukanlah hanya kemewahan yang ada keindahan Tetapi jika kita punya hati biarlah hati i