ADA SEADANYA

Ada akal,
Gunalah untuk berfikir
Ada hati
Cubalah untuk memahami
Ada naluri
Lahirkanlah rasa simpati
Ada perasaaan
Berikan perhatian dan penghargaaan
Ada jiwa
Biarlah berhemah sentiasa
TAPI………JANGANLAH,
Ada akal………
tiada minda
Hanya menipu sesama manusia.
Ada hati,…….
tiada sensitiviti
Bersikap tidak peduli
Ada naluri…….
hanya berhasad dengki
Sanggup menindas bangsa sendiri
Ada perasaan….
.penuh dengan dendam
Tak mahu belajar memberi kemaafan
Ada jiwa……..
sentiasa berprasangka
Tak mahu menaruh kepercayaan
Hanya tuduhan menjadi hukuman
Melebihi hukum alam dan hukuman Tuhan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Quality perspective

MENGUTIP PELAJARAN DI LALUAN KEHIDUPAN

LANTERA HARAPAN